Ini kombo satu set buku ‘F TEAM’ RAHSIA DALAM RAHSIA
Ada 2 bahagian
Bahagian 1: ‘ Cerita ‘Orang Lama’
Bahagian 2 " Hanya Jasa Jadi Kenangan
Dari penerbit buku Aku Menyelam untuk Hidup dan Aku Menyelam untuk Hidup 2, kini terbit buku terbaru. ‘F TEAM’ RAHSIA DALAM RAHSIA: ‘Cerita Orang Lama’ bahagian 1.
Ini merupakan buku terbaru kisah operasi sulit Unit Rahsia dalam PDRM suatu ketika dahulu.

****
BAHAGIAN 1
‘F TEAM’ RAHSIA DALAM RAHSIA: Cerita ‘Orang Lama’ bahagian 1
Oleh Zahriman Alias
ISBN: 978-967260-190¬-6

**
Batman mempertaruhkan nyawanya untuk tujuan tersebut dan berjanji akan melaksanakannya. “Tembak saya kasi mati kalau saya belot,”katanya. Kenny pun menyerahkan senjata Carbine kepunyaan Batman dan melepaskan dia pergi.
Batman masuk ke kem komunis bersama Tien Chen iaitu rakan komunisknya yang sama-sama ditawan oleh Kenny beberapa hari sebelum itu,
**
Kenny tidak dapat menahan air matanya daripada keluar bercucuran. Air mata kasih daripada seorang pegawai kanan polis yang sangat kasar terhadap seorang bekas komunis yang pernah menjadi musuh ketatnya suatu ketika dulu.
**
BAHAGIAN 2
‘F TEAM’ TENGGELAM DALAM RAHSIA: Hanya Jasa Jadi Kenangan bahagian 2
Oleh Zahriman Alias
ISBN: 978-967260-191-3

Sinopsis:
Aku akan lawan sampai titisan darah terakhir. Aku tak akan benarkan mereka tawan aku.”
Penterjemah bertambah takut. “Habis, saya macam mana?” soalnya. Kata Kenny, “Kau juga aku akan tembak mati sebelum aku tembak diri aku. Kita tak boleh jadi tawanan. Kita akan diseksa.”
Tahun : 1990
Lokasi: Jauh di dalam hutan di Sarawak
Situasi: Seorang pegawai Special Branch dan seorang penterjemah berhadapan dengan 50 orang pengganas komunis PARAKU.
**
Ramai tidak tahu mengenai sejarah sebenar perjuangan para pejuang tanah air. Apatah lagi, perjuangan penuh kerahsiaan pasukan Cawangan Khas PDRM, khususnya dari Pasukan F yang unggul.
Kisah perjuangan mereka dengan strategi yang unik dan sifat kepahlawanan serta keberanian tahap tinggi, serta kesetiaan tidak berbelah bahagi akhirnya membuahkan hasil sebuah kedamaian yang tidak terbilai buat negara tercinta.
Ini adalah satu naskah yang julung-julung kali diterbitkan. Terlalu banyak kekangan dan kerahsiaan yang perlu diberi perhatian sebelum naskah ini boleh diterbitkan.
Ia mengisahkan tentang kehidupan , perjuangan, persahabatan sejati, patriotismes, pengorbanan dan keikhlasan.
Dapatkan buku ini di sini, Kasi Terbit.
×
×