icon-search
icon-search
  • 48382cf1af397d8dd04547120f07497d
  • 915ab77f90cce9b629db49141c1eaa4d
  • ac7e393eddfc239dcf3327601eb02777
  • 955fe0bdde01f3e5d8f2c8c86a3290a0
  • 667ca5ef14e27fcc0d02da854f8b78c9
  • 684194d3445c37d3853a7bc48e530e70
  • 8877b1b0d8155a61fc74edc82eda9abe
  • 6a480c3ea19999ee59acf87f891be59e

Rancangan Perniagaan Cili -Mazura Mansor - Tips dan teknik penanaman cili

RM 15.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Bila disebut mengenai bisnes, ramai yang berminat untuk menceburinya. Ramai yang mengetahui keuntungan yang lumayan sekiranya memasuki dunia bisnes. Tidak kira sekecil-kecil bisnes sehingga bisnes yang besar-besar.

Namun, minat mengenai bisnes sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak tahu selok-belok dengan dunia bisnes. Pelbagai perkara perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum anda menjejaki dunia bisnis ini. Perkara yang paling penting di sini adalah menyediakan satu kertas kerja atau lebih dikenal rancangan perniagaan. Tahukah anda apa itu Rancangan Perniagaan?

Rancangan perniagaan ditulis bagi memenuhi keperluan dalam pembangunan usahawan dan perniagaan. Ia ditulis menggunakan Bahasa yang mudah, ringkas dan padat berdasarkan struktur yang sistematik bagi memudahkan pembaca memahami konsep dan format rancangan perniagaan. Paparan sebuah operasi perniagaan di dalam buku ini memberi gambaran yang jelas berkenaan teknik rancangan perniagaan dilakukan.

Rancangan Perniagaan juga membantu usahawan mengkomersialkan produck ataupun servis selain bagi memperoleh pembiayaan serta menarik pelaburan. Di samping itu, buku ini juga mengandungi maklumat berkenaan perniagaan cili dan pelbagai strategi yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan supaya syarikat terus maju dan berdaya saing. Justeru, buku ini menjadi sumber asas yang perlu dirujuk oleh pelbagai pihak yang menceburkan dri dalam perniaaan, diharapkan buku ini dapat membantu anda semua dalam menyedia dan melaksana perancangan dan pengawalan kewangan perniagaan dengan lebih berkesan dan bersistematik.

Your cart is currently empty.
Continue shopping