KOTA LONDON bukan asing kepada orang Malaysia. Seperti orang Indonesia 'terikat' dengan Amsterdam dan orang Mesir melihat Paris, kita rasa ibu kota imperialis itu seperti 'rumah mak yang jauh'.
Ada ahli perniagaan Malaysia ulang alik ke London lebih kerap dari balik ke kampung halaman sendiri di Pendang Kedah. Yang tidak pernah menjejak kaki ke situ, menyimpan hasrat ke London satu hari nanti 'bila berjaya'.
Tapi berapa orang dari kita yang pergi ke London ikut jalan darat?
Melewati 12 negara, berkereta 43 hari?
Ini kami dokumentasikan, kisah pengembaraan sekali seumur hidup, berkereta dari Kuala Lumpur ke London hasil nukilan Mohd Nasaruddin Parzi Nasaruddin Nasa dan rakan-rakan kembara.
Berbekal pengalaman sebagai pengamal media, buku Roadtrip Malaysia - London ini mencatat dengan teliti pengembaraan penulis dan 68 orang lagi rakan-rakannya menggunakan 17 buah kereta.
Roadtrip ini bukan biasa-biasa... antara yang diceritakan adalah...
1. Thailand syurga makanan dan terkenal dengan kelazatan tomyamnya.
2. Laos, negara ditadbir Perancis pada 1893 dan Parti Komunis Indochina pada 1930an begitu popular dengan pekan kuno Luang Prabang.
3. Gurun Gobi yang luas, keindahan kawasan pergunungan, populasi tertinggi dan kepadatan bandaraya menjadikan China negara berpengaruh dunia.
4. Luas padang rumput ke hiruk pikuk dua bandar utamanya, Astana dan Almaty, Kazakhstan terkenal dengan Baikonur Cosmodrome, lokasi pelancaran penerbangan ke stesen angkasa antarabangsa utama dunia.
5. Red Square, ditengah bandaraya Moscow, Rusia meninggalkan seni bina bangunan unik dan bersejarah. Republik Belarus, sebuah wilayah diisytihar merdeka daripada Kesatuan Soviet pada 27 Julai 1990, jarang dikunjungi rakyat Malaysia.
6. Bandar Warsaw, Poland terkenal dengan Taman Lazienkowski, menempatkan replika batu pemimpin Marzalek Jozef Pilsudski, tokoh berpengaruh dalam politik Poland.
7. Bandaraya Berlin pula meninggalkan binaan Tembok Berlin yang begitu penting kepada sejarah pemodenan Jerman.
8. Sungai Amstel, di tengah Amsterdam, Belanda menjadi lokasi popular pelancong selain bandarayanya terkenal sebagai kota muzium dunia.
9. Beralih ke kota cinta, Paris yang menempatkan syurga beli belah.
10. Kesibukan kota London, menjadi pengakhiran kepada kisah pengembaraan panjang 69 rakyat Malaysia ini.
Tercatat juga kisah yang dikongsikan dalam travelog ini selain cabaran yang pasti menguji mental dan fizikal mereka.
Tersalah letak minyak di stesen petrol, mengikis ais di cermin, kesulitan meredah salji tebal di malam hari, antara 1001 cabaran dihadapi mereka.
Jika anda seorang pengembara sejati... buku inilah yang anda tunggu-tunggu.
168 muka surat, full colour, dan dijual dengan harga mampu milik RM29.
#buku #travelog #bukuonline #kasiterbit

×
×