icon-search
icon-search
  • 864e2e4cf0a9a201ef4f45a3518d2e46
  • 4dd98726eccc0df498adffbf1095997b
  • ba24606c049cf6ded43c38c6d61728f0
  • b42280e6715ddbe09905ab19397613a9
  • e939d6b238a2f4e28ecb7b90102ad706
  • 48cdc6f4391454be5781953eb85bf230
  • edb43fcf84522385066a9c65325a0500
  • ba44251304d16bb4311e0e27206ca6c9
  • a7db8277778f8740dc76039504c780a5

Saya pun Melayu - Zaid Ibrahim - Sosio-politik, Perlembagaan Malaysia, Raja, Ketuanan Melayu

RM 39.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

"Format: Paperback
Saiz: 5"" x 7”
ISBN-13: 978-967-5266-03-4
Jumlah Muka Surat: 311
Berat (Kg): 0.31
Penulis: Zaid Ibrahim

""Saya rasa buku ini patut dibaca oleh anak-anak muda kita, khususnya mereka dari kampung dan keluarga tak berada. Zaid telah menulis tanpa segan dan malu mengenai latar belakang hidupnya yang berasal dari kampung yang penuh dengan permasalahan dan cabaran untuk mencapai kejayaan bagi diri dan keluarganya. Beliau juga memberi penekanan kepada nilai yang baik yang patut ada dalam diri orang Melayu yang mahu berjaya dalam hidup mengikut lunas-lunas yang bersih.
Tengku Razaleigh Hamzah

Saya Pun Melayu, memberi peluang kepada pembaca memahami dengan lebih jelas siapa Zaid Ibrahim. Kenapa beliau meletak jawatan sebagai Menteri dan seterusya dipecat dari pada UMNO, parti yang disertainya selama 23 tahun, dan mengapa sesetengah pemimpin UMNO begitu membencinya sehingga mendesaknya keluar daripada rumpun Melayu.

Anda akan mengetahui rahsia di sebalik kritikan beliau terhadap konsep Ketuanan Melayu serta pandangannya berhubung kedudukan Raja-Raja Melayu dari sudut undang-undang dan politik.

Zaid juga berkongsi pengalaman sebagai anggota Kabinet Abdullah Badawai serta mengupas sejauh mana kemampuan dan kelemahan Najib untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Tulisan Zaid mungkin kontroversi, tetapi bagi beliau kebenaran harus ditampilkan meskipun pahit. Buku ini menyerlahkan pandangan, kritikan dan cadangan penulis yang ingin melihat demokrasi dipupuk dan disuburkan di Malaysia.

Saya Pun Melayu, adalah buku yang menarik, dan seronok dibaca untuk kita memahami dengan jelas tentang kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda Malaysia masa kini."
Your cart is currently empty.
Continue shopping