Judul: Syurga Di Bawah Langit Somalia
Penulis: Khairulanuar Yahaya
Penerbit:
Tahun: 2021
SINOPSIS:
Novel ini ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 2011.
Insiden seorang jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd. Nor yang ditembak ketika bertugas di Somalia pada 2 September 2011 begitu menggemparkan negara. Kemalangan tragis itu merupakan kejadian pertama berlaku ke atas seorang pengamal media di negara ini hingga menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat.
Peristiwa menyayat hati itu berlaku ketika Noramfaizul dan rakan setugas Khairulanuar Yahaya membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.
Misi tersebut digerakkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Kelab Putera 1Malaysia dan dianggap sebagai misi nasional kerana turut disokong oleh kerajaan.
Selepas 10 tahun berlalu, Khairulanuar menceritakan semula kejadian tersebut dalam novel yang bertajuk 'Syurga Di Bawah Langit Somalia'. Novel ini berdasarkan kisah benar Noramfaizul dan Khairulanuar yang berganding bahu melakukan tugasan di dua buah negara iaitu di Gaza yang merupakan wilayah Palestin pada tahun 2010 dan Somalia pada tahun 2011.
Khairulanuar telah mengumpulkan catitan berkaitan pengalamannya bersama Noramfaizul di kedua-dua negara itu selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai sebuah novel tahun ini.
Novel ini menyedarkan masyarakat bahawa perang dan konflik membawa akibat buruk kepada semua tidak kira umur mahupun bangsa.

×
×