Tersembam di Itaewon Menangis di Hallasan
Penulis: Azeannira Abdul Azeh
ISBN: 9786299683902
Jumlah muka surat: 212
Synopsis:
Buku ini diadaptasi dari sebuah percutian. Ianya sesuai untuk dibaca oleh ibu bapa dalam kontak bimbingan bagi memahami tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga perlu menikmati kebahagiaan sendiri dan tidak terlalu memaksa diri. Amatlah penting untuk memahami dengan jelas keterbatasan diri sendiri.
Sesuai juga untuk dijadikan bacaan kalangan remaja bagi melihat dan merasakan bagaimana pengorbanan kasih sayang dan sikap ambil berat ibu bapa yang sering disalah erti. Tiada ibu bapa yang akan menyakiti anak mereka dengan sengaja. Semuanya berlaku hanya kerana rasa saying dan memiliki.
Tidak ada anak-anak dengan sengaja mahu menderhakai ibu bapa mereka. Mereka hanya sedang menikmati masa mereka. Oleh kerana mereka belum sampai kepada apa yang ibu bapa mahukan, itu tidak bermakna mereka adalah anak yang tidak baik. Mereka hanya belum cukup pengalaman dan kedewasaan. Semakin banyak mereka terdedah kepada cabaran kehidupan di luar, itu akan menjadikan mereka lebih dewasa.
Buku ini juga mengetengahkan bagaimana sikap toleransi dengan pasangan boleh menjadi pengikat kasih sayang. Di saat kita disakiti, ketahuilah bahawa mungkin kita terlebih dahulu menyakiti mereka.
Dapatkan buku ini di sini, Kasi Terbit.
Klik Buy Now ya!